Home Koronavirus Penilaian vaksin Sputnik V kini pada fasa akhir

Penilaian vaksin Sputnik V kini pada fasa akhir

0
Penilaian vaksin Sputnik V kini pada fasa akhir

MOSCOW – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan penilaian awal vaksin Covid-19 Sputnik V keluaran Rusia kini pada fasa akhir.

Sepasukan pegawai pemeriksa akan ke Rusia dalam masa terdekat, lapor Sputnik memetik Dana Pelaburan Langsung Rusia (RDIF) pada Rabu.

“@WHO mengesahkan proses prakelayakan Sputnik V berada di landasan yang tepat dan kini sudah memasuki fasa akhir.

“Sekumpulan pegawai pemeriksa WHO akan ke Rusia dalam masa terdekat untuk mengumpulkan semua hasil pemeriksaan & dokumen yang diperlukan mengenai #SputnikV, satu daripada vaksin paling selamat & berkesan di dunia,” memetik akaun Twitter Sputnik V.

Sputnik V diluluskan di 70 negara dengan jumlah penduduk empat bilion orang, melebihi 50 peratus daripada populasi dunia.

Vaksin itu adalah yang kedua di dunia paling banyak mendapat kelulusan daripada pihak pengawal selia kerajaan. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here