Home Koronavirus Penggunaan vaksin Pfizer dipertingkatkan: Dr Noor Hisham

Penggunaan vaksin Pfizer dipertingkatkan: Dr Noor Hisham

Penggunaan vaksin Pfizer dipertingkatkan: Dr Noor Hisham

PUTRAJAYA – Penggunaan vaksin Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech dipertingkatkan di seluruh negara susulan pertambahan bekalan yang tiba di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kerajaan telah membuat perolehan sebanyak 44. 4 juta dos daripada pengeluar vaksin itu untuk kegunaan 22.2 juta penduduk negara ini.

“Bekalan utama vaksin negara adalah Pfizer, jadi kita akan pertingkatkan penggunaan di seluruh pusat pemberian vaksin (PPV) di seluruh negara,” katanya dalam sidang akhbar perkembangan terkini Covid-19 pada Khamis.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai keputusan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) yang menghentikan penggunaan vaksin SinoVac dan digantikan dengan Pfizer pada akhir bulan ini.

Sementara itu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, bukan sahaja Kelantan, negeri-negeri lain juga akan turut menggunakan vaksin Pfizer.

“Baki 16 juta dos SinoVac yang ditempah akan digunakan untuk dos kedua. Ia mencukupi,” katanya.

[LIVE] Sidang media Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. https://t.co/LmiwL4QXT4

— SinarOnline (@SinarOnline) July 15, 2021

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here