Home Koronavirus Pengerusi Finas positif Covid-19

Pengerusi Finas positif Covid-19

0
Pengerusi Finas positif Covid-19

KUALA LUMPUR – Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Zakaria Abdul Hamid disahkan positif Covid-19, berdasarkan daripada keputusan ujian saringan yang diperoleh pada Isnin.

Finas dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, Zakaria akan menjalani tempoh kuarantin dan rawatan berdasarkan saranan dan pemantauan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Sepanjang tempoh tersebut, segala urusan dan pengoperasian Finas akan terus berjalan seperti biasa.

“Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah mendoakan kesembuhan beliau dan memohon maaf atas kesulitan yang timbul akibat daripada situasi ini,” menurut kenyataan tersebut. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here