Home Koronavirus Pengambilan vaksin segera kurangkan kesesakan di hospital

Pengambilan vaksin segera kurangkan kesesakan di hospital

Pengambilan vaksin segera kurangkan kesesakan di hospital

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menggesa orang ramai supaya segera tampil mendapatkan vaksinasi bagi menghalang lebih ramai pesakit Covid-19 dimasukkan ke wad dan unit rawatan rapi (ICU).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pengambilan vaksinasi terbukti berkesan mengurangkan kesesakan di hospital.

“Seramai 2,779 petugas kesihatan yang positif Covid-19 selepas menerima vaksin. Hanya tiga orang sahaja melepasi tahap tiga dan empat.

“Majoritinya adalah tahap satu dan tahap dua,” katanya pada sidang akhbar khas di kementeriannya di sini pada Selasa.

Beliau bagaimanapun berkata, pesakit Covid-19 tahap satu dan dua boleh menjalani kuarantin di rumah.

AKAN MENYUSUL

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here