Home Koronavirus Penduduk luar serbu PPV Taman Harmoni

Penduduk luar serbu PPV Taman Harmoni

0
Penduduk luar serbu PPV Taman Harmoni

KOTA KINABALU – Sebuah Pusat pemberian vaksin (PPV) dipercayai PPV Taman Harmoni, Batu 3, Sandakan sesak dikerumuni orang ramai pada Khamis dan tiada penjarakan fizikal.

Video berdurasi 29 saat itu dikatakan dirakam oleh individu yang berada di lokasi dan turut dikongsi di Facebook bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak setengah jam lalu sehingga mendapat pelbagai reaksi daripada warganet.

Difahamkan, kehadiran orang ramai secara ‘walk in’ di PPV itu untuk mendapatkan vaksin sedangkan ia terhad hanya kepada penduduk Taman Harmoni.

Bagaimanapun, dipercayai seawal jam 8 pagi terdapat juga penduduk dari luar taman terbabit hadir ke PPV itu mengakibatkan keadaan tidak terkawal di luar pekarangan dewan PPV.

Najib melalui catatan di Facebooknya memaklumkan kejadian itu berlaku di PPV di Sandakan.

“Dikatakan di PPV Taman Harmoni, Batu 3, Sandakan pagi ini. Mohon pihak berkenaan siasat dan perbetulkan serta-merta,” katanya.

Beliau turut mengingatkan bahawa kes jangkitan Covid-19 di Sabah ketika ini sedang meningkat.

“Kes baharu di Sabah sangat tinggi ketika ini,” tulisnya di media sosial itu.

Sebelum itu, Sabah pada Rabu mencatatkan sebanyak 1,514 kes menjadikan jumlah kumulatif 97,979 kes iaitu kini hampir mencecah 100,000 kes.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here