Home Koronavirus Pendaftaran PICKids meningkat 30,000

Pendaftaran PICKids meningkat 30,000

Pendaftaran PICKids meningkat 30,000

PUTRAJAYA – Pendaftaran Program Vaksinasi Covid-19 Kanak-kanak (PICKids) meningkat sebanyak 30,000 pada Selasa.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menerusi ciapannya memaklumkan, pihaknya akan terus menyampaikan kebaikan vaksinasi kanak-kanak di pelbagai saluran termasuk Facebook.

PICKids merupakan program vaksinasi kanak berusia lima hingga 11 tahun yang dilancarkan pada 3 Februari lalu menggunakan vaksin jenis Comirnaty keluaran PfizerBioNTech.

Berdasarkan data yang dikemaskini menerusi laman sesawang CovidNow setakat 11.59 malam Selasa, Lembah Klang merekodkan kemajuan vaksinasi PiCKids tertinggi iaitu 4.2 peratus diikuti Sarawak (2.4), Sabah (0.7), Negeri Sembilan (0.4), Labuan (0.2) serta Kedah (0.1) telah menerima dos pertama.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyasarkan 80 peratus kanak-kanak menerima vaksin Covid-19.

Untuk tujuan itu, pusat pemberian vaksin (PPV) akan dibuka di sekolah bagi memudahkan kanak-kanak mendapatkan vaksinasi mereka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here