Home Koronavirus Pembukaan PPV untuk OKU di Bangi ditangguh

Pembukaan PPV untuk OKU di Bangi ditangguh

Pembukaan PPV untuk OKU di Bangi ditangguh

SHAH ALAM – Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mobile Team orang kurang upaya (OKU) di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP) Bangi, Selangor yang dijadual dilaksanakan pada 21 Jun depan ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam satu kenyataan berkata, penangguhan itu dilakukan selepas perbincangan lanjut yang diadakan bersama Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) berikutan terdapat jangkitan kes Covid-19 di kawasan berhampiran PPV tersebut.

“Walaupun agak terkilan, tetapi penangguhan ini demi menjamin keselamatan dan mengelak risiko jangkitan.

“Justeru, sebarang permasalahan dan bantuan lanjut yang diperlukan, sila hubungi Talian Kasih 15999 dan talian WhatsApp 019-2615999 yang beroperasi 24 jam sehari,” menurut kenyataan itu pada Sabtu.

Sebelum ini pada Jumaat, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun mengumumkan satu lagi PPV khusus untuk golongan OKU dibuka di Bangi untuk mempercepatkan proses vaksinasi golongan tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here