PUTRAJAYA – Proses pemberian vaksin kepada remaja akan dilaksanakan secara ‘walk-in’ berjadual.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, langkah itu bagi mempercepatkan lagi proses pemberian vaksin kepada golongan tersebut.
“Jawatankuasa Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 Remaja (CITF-A) telah mengenalpasti 156 pusat pemberian vaksin (PPV) awam dan integrasi di seluruh negara bagi tempoh peralihan ini bertujuan meningkatkan kapasiti pemberian vaksinasi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Remaja secara ‘walk-in’,” katanya.
AKAN MENYUSUL