SHAH ALAM – Pemberian vaksin AstraZeneca tidak lagi dilaksanakan secara sukarela sebaliknya ia dimasukkan dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, tindakan itu dibuat susulan sambutan menggalakkan daripada orang ramai.
“Selepas ini, kerajaan akan buat keputusan bahawa untuk akan datang tidak akan laksanakan vaksin AstraZeneca secara sukarela, tetapi akan masuk secara arus perdana (PICK),” katanya pada sidang akhbar secara maya pada Khamis.
AKAN MENYUSUL