Home Koronavirus Pematuhan SOP rendah wujudkan dua kluster baharu di Kelantan

Pematuhan SOP rendah wujudkan dua kluster baharu di Kelantan

0
Pematuhan SOP rendah wujudkan dua kluster baharu di Kelantan

KOTA BHARU – Tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang rendah dalam komuniti dan di tempat kerja merupakan antara faktor wujudnya dua kluster baharu di Kelantan pada Jumaat.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr Izani Husin berkata, dua kluster itu iaitu Kluster Paya Rambai melibatkan pekerja di sebuah premis perniagaan di Jalan Long Yunus, Kampung Paya Rambai, di sini manakala Kluster Pengkalan Nangka pula melibatkan empat keluarga besar di Kampung Pengkalan Nangka di Tumpat.

“Kluster Paya Rambai telah melaporkan 30 kes dari daerah Kota Bharu, Tumpat dan Bachok setakat hari ini. Kes dalam kluster ini terdiri daripada pekerja premis tersebut dan ahli keluarga terdekat.

“Kluster Pengkalan Nangka pula telah melaporkan 20 kes hingga hari ini yang merupakan ahli keluarga terdekat. Ia masih tertumpu di daerah Tumpat,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook pada Jumaat.

Beliau turut mengingatkan rakyat Kelantan untuk terus mematuhi SOP normal baharu bagi mengelakkan jangkitan terus berlaku dalam komuniti.

“Kita semua sebagai rakyat Kelantan perlu memainkan peranan penting dalam usaha melandaikan keluk pandemik Covid-19 di negeri ini,” katanya.

Kelantan merekodkan 86 kes baharu pada Jumaat menjadikan jumlah kumulatif kes positif Covid-19 di negeri itu sebanyak 5,928 kes. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here