Home Koronavirus Pemandu teksi rayu divaksin awal

Pemandu teksi rayu divaksin awal

0
Pemandu teksi rayu divaksin awal

KLUANG – Seramai 140 ahli Persatuan Pemandu Teksi dan Kereta Sewa Daerah Kluang merayu agar dapat diberikan suntikan vaksin lebih awal bagi menjamin keselamatan mereka.

Pengerusinya, Mustakim Jalel berkata, sehingga kini sudah 40 ahli persatuan berkenaan sudah mendaftarkan diri untuk menerima suntikan vaksin dan disusuli ahli yang lain secara berperingkat-peringkat.

“Suntikan awal sekurang-kurangnya dapat memberikan keyakinan kepada orang ramai untuk mendapatkan perkhidmatan teksi selain menjamin keselamatan pemandu daripada dijangkiti wabak ini.

“Ini perlu bagi membolehkan semua pemandu teksi memperoleh semula pendapatan mereka seperti sebelum ini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di bandar ini pada Khamis.

Menurutnya, pihaknya menyedari suntikan vaksin fasa pertama yang dilaksanakan sekarang hanya lebih kepada petugas barisan hadapan, namun keperluan mereka sebagai pemandu teksi diberikan suntikan awal perlu dipertimbangkan.

“Jika mengikut perancangan kerajaan, pemandu teksi ini mungkin hanya akan boleh menerima suntikan pada fasa kedua dan ketiga. Keadaan itu amat dikhuatiri kerana mereka antara individu yang sentiasa berdamping dengan orang ramai,” katanya.

Sementara itu, Manan Adam, 55, yang sudah lebih 10 tahun berkhidmat sebagai pemandu teksi berkata, kebenaran untuk diberikan suntikan vaksin awal kepada mereka dianggap satu rahmat.

Ini kerana katanya, apabila tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini dan bermulanya suntikan vaksin, orang ramai sudah mula berani keluar membeli barang-barang keperluan di bandar.

“Keadaan ini menyebabkan mereka memerlukan perkhidmatan teksi yang secara tidak langsung bercampur dengan orang ramai tanpa mengetahui penumpang berkenaan dijangkiti wabak itu atau tidak,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here