Home Koronavirus Pegawai perkhidmatan awam Persekutuan wajib ambil vaksin

Pegawai perkhidmatan awam Persekutuan wajib ambil vaksin

Pegawai perkhidmatan awam Persekutuan wajib ambil vaksin

PUTRAJAYA – Semua pegawai perkhidmatan awam Persekutuan diwajibkan untuk mengambil vaksin Covid-19.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menerusi kenyataannya memaklumkan, langkah itu bagi memberikan keyakinan dan memastikan kelancaran penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat.

“Semua pegawai perkhidmatan awam Persekutuan dikehendaki untuk segera melengkapkan vaksinasi mereka sebelum 1 November,” kata JPA pada Khamis.

Menurutnya, dalam tempoh tersebut mereka hendaklah hadir secara ‘walk-in’ ke pusat pemberian vaksin (PPV).

“Bagi pegawai yang tidak boleh divaksin atas sebab kesihatan perlu mengemukakan maklumat kesihatan yang telah disahkan pegawai perubatan kerajaan kepada ketua jabatan,” katanya.

JPA berkata, tindakan tatatertib akan dikenakan terhadap pegawai yang masih belum divaksinasi selepas tarikh tersebut.

“Semua pegawai awam adalah tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U.(A) 395/1993],” katanya.

Jabatan itu turut memaklumkan jumlah peratusan pegawai awam Persekutuan yang telah divaksinasi mencapai 98 peratus.

“Kelompok yang belum mendaftar untuk divaksin adalah kecil iaitu 1.6 peratus membabitkan 16,902 individu,” kata JPA.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here