Home Koronavirus PBKD luluskan pendaftaran bersyarat vaksin AstraZeneca

PBKD luluskan pendaftaran bersyarat vaksin AstraZeneca

0
PBKD luluskan pendaftaran bersyarat vaksin AstraZeneca

PUTRAJAYA- Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-354 yang bersidang hari ini bersetuju meluluskan pendaftaran secara bersyarat untuk kegunaan semasa bencana bagi produk vaksin Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kelulusan bersyarat itu bagi vaksin AstraZeneca yang dibekalkan melalui fasiliti Coxac oleh pengilang SK Bioscience Co. Limited, Korea Selatan.

“Pendaftaran secara bersyarat ini memerlukan syarikat pemegang pendaftaran untuk mengemukakan analisis data-data tambahan dan terkini secara ‘rolling submission’ untuk dinilai oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA),” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

AKAN MENYUSUL

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here