Home Koronavirus Patuh SOP ditetapkan kerajaan: Abdul Hadi

Patuh SOP ditetapkan kerajaan: Abdul Hadi

Patuh SOP ditetapkan kerajaan: Abdul Hadi

SHAH ALAM – Pas menggesa semua pihak agar mematuhi prosedur operasi standard yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, rakyat perlu bersatu padu tanpa menuding jari menyalahkan mana-mana pihak dalam menghadapi ujian Covid-19.

“Ketika kita belum menang dalam menghadapi krisis wabak Covid-19 yang semakin meruncing di negara Malaysia malah di seluruh dunia, saya menyeru semua pihak supaya memberikan tumpuan sepenuhnya ke arah memerangi wabak ini secara bersama.

“Kita berganding bahu menggalas tanggungjawab dalam membendung penularan Covid-19 dengan memainkan peranan masing-masing,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya pada Rabu.

Abdul Hadi turut memuat naik infografik status terkini Covid-19 bahawa sebanyak 3,744 kes baharu di negara ini.

Ahli Parlimen Marang itu turut menyeru agar orang ramai mengelakkan diri daripada menyebarkan maklumat palsu sehingga mengganggu ketenteraman rakyat.

“Insya-ALLAH kerajaan akan terus mengutamakan keselamatan dan kebajikan rakyat dalam usaha kita memutuskan rantaian wabak Covid-19.

“Saya juga menasihatkan semua warga negara untuk mendaftarkan diri bagi mendapatkan vaksin Covid-19,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here