Home Koronavirus Pasukan Outreach Vaksinasi mula bergerak ke luar bandar

Pasukan Outreach Vaksinasi mula bergerak ke luar bandar

0
Pasukan Outreach Vaksinasi mula bergerak ke luar bandar

SIBU – Pasukan Outreach Vaksinasi Covid-19 Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mula bergerak memberi suntikan vaksin Covid-19 kepada penduduk rumah-rumah panjang di kawasan luar bandar di Sibu bermula Sabtu.

Menteri Muda Kesihatan Awam dan Perumahan Sarawak, Dr Annuar Rapaee berkata, antara kawasan yang telah didatangi pasukan itu termasuk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bawang Assan dengan memberi vaksin jenis Sinovac.

“Kita juga minta kerjasama tuai-tuai rumah supaya memastikan anak buah mereka hadir menerima vaksin manakala penduduk yang enggan diberi vaksin akan diberi kaunseling,” katanya ketika bersiaran secara langsung melalui media sosial miliknya pada malam Sabtu.

Dr Annuar yang juga Penyelaras Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu berkata, Sibu dijangka menerima 30,000 dos vaksin Sinovac setiap minggu untuk Jun, meningkat kepada 40,000 dos seminggu pada Julai dan Ogos iaitu 50,000 dos seminggu.

Katanya, jumlah vaksin itu mampu menampung keperluan penduduk di daerah ini dan pusat pemberian vaksin (PPV) juga akan ditambah sekiranya terdapat keperluan. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here