Home Koronavirus Pakistan hasilkan PakVac, vaksin Covid-19 buatan sendiri

Pakistan hasilkan PakVac, vaksin Covid-19 buatan sendiri

0
Pakistan hasilkan PakVac, vaksin Covid-19 buatan sendiri

ISLAMABAD – Pakistan pada Selasa membuat kemajuan membanggakan apabila ia melancarkan vaksin dos tunggal Covid-19 buatan sendiri digelar ‘PakVac’ yang dihasilkan atas bantuan sekutunya, China.

Pembantu Khas Kesihatan, Dr Faisal Sultan berkata, Islamabad berusaha mengatasi cabaran dan menjadikannya sebagai peluang untuk memastikan rakyat negara itu mendapat suntikan vaksin sekali gus dapat membendung penularan wabak tersebut.

“Beijing banyak membantu dalam usaha ini dan ia bukan perkara yang mudah untuk menghasilkan vaksin Covid-19,” katanya sambil menambah China turut menyediakan bahan mentah dan teknologi untuk penghasilan vaksin tersebut pada April lalu.

Menurut penasihat hal ehwal kesihatan kepada Perdana Menteri, Imran Khan itu lagi, penghasilan secara besar-besaran vaksin itu akan bermula dalam tempoh terdekat selepas kira-kira 118,00 dos berjaya dihasilkan oleh Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH) dan di bawah pengawasan pakar dari Beijing.

Difahamkan, PakVac adalah penjenamaan semula vaksin CanSino yang dihasilkan China.

Sementara itu, Duta China ke Pakistan, Nong Rong menyatakan Beijing akan terus membantu Islamabad untuk memerangi pandemik tersebut.

Perkembangan itu diumumkan setelah kadar kes jangkitan kini menurun di bawah empat peratus buat pertama kali dalam tempoh tiga bulan dengan hanya 1,771 kes baharu dilaporkan dalam masa 24 jam.

Setakat ini, hampir lapan juta daripada 207 juta penduduk telah divaksin dan Islamabad merancang untuk memberikan suntikan imunisasi kepada 70 juta penduduk menjelang akhir tahun ini. – Agensi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here