Home Koronavirus Pahang catat empat kes jangkitan varian Delta, Beta

Pahang catat empat kes jangkitan varian Delta, Beta

Pahang catat empat kes jangkitan varian Delta, Beta

KUANTAN – Sebanyak empat kes jangkitan melibatkan Variant of Concern (VOC) virus SARS-CoV-2 dilaporkan di negeri Pahang sehingga Sabtu.

Daripada kes yang dilaporkan, dua melibatkan varian Delta (B.1.617.2) dan dua varian Beta (B.1.351).

Pengarah Kesihatan negeri Pahang, Datuk Dr Bahari Tok Muda Che Awang Ngah berkata, kes varian Delta adalah daripada kluster yang berlaku di bahagian tengah Pahang manakala varian Beta melibatkan kluster di kawasan timur Pahang.

Menurutnya, VOC berlaku disebabkan mutasi spike protein virus SARS-CoV 2 yang lebih mudah berjangkit pada kadar penularan lebih pantas selain gejala dan komplikasiya yang lebih teruk.

“Varian Delta atau super strain adalah VOC yang paling mudah dan pantas merebak.

“Kadar keberjangkitannya adalah 60 peratus lebih tinggi dan menyebabkan simptom serta komplikasi penyakit yang lebih teruk pada kadar kematian lebih tinggi,” katanya melalui satu kenyataan pada Ahad.

Dr Bahari berkata, bagi mengurangkan risiko daripada dijangkiti VOC Covid-19, Jabatan Kesihatan Negeri Pahang menasihatkan seluruh rakyat Pahang termasuk individu yang telah menerima vaksinasi supaya terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

“Elakkan kawasan yang sesak dan sempit serta jangan bersembang dengan jarak yang dekat.

“Sentiasa wmalkan 3W (wash, wear dan warn). Duduk di rumah dan hanya keluar jika ada urusan penting,” katanya mereka yang bergejala perlu ke klinik dengan segera untuk diambil sampel.

Sehubungan itu, nasihat beliau mereka yang menjadi kontak rapat kes Covid-19, perlu menjalani kuarantin kendiri dan hadir di mana-mana klinik kesihatan untuk dibuat ujian.

“Masyarakat perlu mendaftar segera untuk Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan bagi yang telah mendapat temujanji diminta hadir mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here