Home Koronavirus Orang ramai yakin, tak sabar ambil suntikan vaksin Covid-19

Orang ramai yakin, tak sabar ambil suntikan vaksin Covid-19

0
Orang ramai yakin, tak sabar ambil suntikan vaksin Covid-19

TEMERLOH – Biarpun terdapat pelbagai tanggapan negatif mengenai Program Imunisasi Vaksin Covid-19 Kebangsaan, namun hasil tinjauan mendapati orang ramai tetap yakin untuk mengambil suntikan vaksin itu.

Seorang pengusaha kedai makan, Rahimah Mat San, 66, berkata, beliau mengalu-alukan program tersebut dan tidak terpengaruh dengan unsur negatif yang dilemparkan terhadap vaksin tersebut.

“Saya berasa lebih selamat dan memang menunggu untuk menerima vaksin. Saya lega kerana akhirnya vaksin Covid-19 telah sampai ke negara ini,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Begitu juga dengan seorang tukang cuci, Rosnani Shamsudin, 37, yang mengatakan tidak sabar untuk menunggu giliran mengambil suntikan vaksin berkenaan.

“Memang saya ada dengar pelbagai cerita negatif, tetapi saya lebih percaya dengan kebaikan vaksin ini untuk manusia dalam berdepan Covid-19,” ujarnya lagi yang akan mendaftar segera untuk menyertai program tersebut.

Sementara itu, seorang penjawat awam, Mohd Aslam Mohd Arif, 34, berkata, beliau antara petugas barisan hadapan yang sedang menunggu giliran menerima suntikan vaksin.

“Saya tidak takut dan ragu-ragu dengan suntikan vaksin itu demi kesihatan dan tidak mahu terpengaruh dengan kisah-kisah negatif yang ada dan heboh diperkatakan.

“Malah Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah sudah menyatakan tidak mengalami sebarang gejala setakat ini selepas mengambil suntikan tersebut,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here