Home Koronavirus Omicron berbahaya kepada individu tidak divaksin

Omicron berbahaya kepada individu tidak divaksin

0
Omicron berbahaya kepada individu tidak divaksin

GENEVA – Varian Covid-19, Omicron adalah berbahaya terutamanya bagi mereka yang belum menerima vaksin, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Rabu.

“Walaupun Omicron menyebabkan penyakit yang kurang teruk berbanding varian Delta, ia tetap menjadi virus berbahaya terutama bagi mereka yang tidak divaksinasi,” kata Ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus pada sidang akhbar.

“Kita tidak boleh membiarkan virus ini bebas atau mengibarkan bendera putih terutamanya ketika begitu ramai orang di seluruh dunia tidak divaksinasikan,” tambahnya.

Menurutnya, sebahagian besar orang yang dimasukkan ke hospital tidak divaksinkan, tambahnya.

Justeru, Tedros mahu setiap negara sudah memberikan vaksin sebanyak 70 peratus kepada penduduknya pada pertengahan 2022.

Tedros menyatakan bahawa jumlah kematian di seluruh dunia akibat Covid-19 kini stabil iaitu kira-kira 50,000 setiap minggu.

“Belajar hidup dengan virus ini tidak bermaksud kita dapat, atau seharusnya menerima jumlah kematian ini,” katanya. – Agensi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here