Home Koronavirus Omicron ada di kebanyakan negara tapi masih belum dikesan

Omicron ada di kebanyakan negara tapi masih belum dikesan

0
Omicron ada di kebanyakan negara tapi masih belum dikesan

GENEVA – Varian baharu Covid-19, Omicron tersebar pada kadar yang belum pernah berlaku sebelumnya, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Selasa dan mendesak negara-negara di dunia untuk bertindak pantas bagi mengawal penularan serta melindungi sistem kesihatan.

Menurut Ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus kepada wartawan seperti dilaporkan oleh AFP, varian tersebut dilaporkan sudah berada di 77 buah negara.

Omicron boleh melakukan banyak mutasi dan pertama kali dikesan di Afrika Selatan pada bulan lalu.

Bagaimanapun, Tedros menyatakan varian tersebut mungkin telah ada di kebanyakan negara walaupun ia masih belum dapat dikesan.

“Omicron tersebar pada kadar yang belum pernah kita lihat pada varian sebelumnya,” katanya.

Tedros juga mengingatkan agar tidak mengambil mudah tentang varian tersebut walaupun ia menyebabkan penyakit yang kurang teruk.

Ini adalah kerana bilangan kes mungkin sekali lagi dapat mengatasi sistem kesihatan yang tidak bersedia menerima jumlah pesakit yang ramai.

Tedros juga meminta negara-negara di dunia untuk menggunakan semua langkah yang mungkin bagi membendung penyebaran varian tersebut seperti meningkatkan vaksinasi, memakai pelitup muka dan melakukan jarak fizikal. – Agensi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here