Home Koronavirus OKU, individu terlantar bakal terima vaksin di rumah

OKU, individu terlantar bakal terima vaksin di rumah

0
OKU, individu terlantar bakal terima vaksin di rumah

KLANG – Pasukan Vaksin Bergerak bakal diwujudkan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sentosa bagi melaksanakan program suntikan vaksinasi dari rumah ke rumah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sentosa, Dr Gunaraj George berkata, mereka menyasarkan golongan yang berdepan masalah untuk ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) termasuk warga emas, Orang Kuran Upaya (OKU) dan individu yang terlantar di rumah.

Menurutnya, inisiatif perbincangan dengan Persatuan Bulan Sabit Merah Cawangan Klang sedang dilakukan dan tarikh pelaksanaan akan diputuskan dalam masa terdekat.

“Mereka akan bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi dan memberi vaksin kepada golongan sasar di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas meninjau perjalanan program Vaksin Selangor (Selvax) Komuniti di PPV Hotel De Palma, Seksyen 19 pada Rabu.

Dalam pada itu, Gunaraj berkata, persatuan penduduk turut digerakkan bagi menguar-uarkan program Selvax Komuniti bagi memastikan lebih ramai individu menerima manfaat.

“Hasrat kita untuk memastikan seluruh penduduk divaksin sekali gus mencapai sasaran imuniti kelompok. Kita bimbang kes harian Covid-19 semakin meningkat termasuk angka kematian,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here