Home Koronavirus Novavax mula pembuatan vaksin khas lawan Omicron Januari ini

Novavax mula pembuatan vaksin khas lawan Omicron Januari ini

0
Novavax mula pembuatan vaksin khas lawan Omicron Januari ini

NOVAVAX akan memulakan pembuatan komersial vaksin Covid-19 yang dikhaskan buat varian Omicron bermula Januari depan.

Pada sama masa ia turut menguji sama ada vaksin semasa buatannya berfungsi terhadap varian baharu yang dikenal pasti ini atau sebaliknya.

Hasil data makmal yang dijangka dibentangkan dalam beberapa minggu akan datang akan menunjukkan antibodi daripada individu yang sebelum ini menerima suntikan vaksin Novavax boleh meneutralkan varian itu.

Novavax dalam satu kenyataan turut menjelaskan, pihaknya sudah mula membangunkan antigen ‘protein spike’ Omicron khusus dan akan memulakan ujian makmal vaksin baharu untuk menyasarkan varian itu dalam beberapa minggu.

Setakat ini, syarikat farmaseutikal lain yang turut melakukan langkah sama adalah Moderna dan Pfizer.

Sebelum ini, Novavax menerima kelulusan penggunaan kecemasan pertama di Indonesia pada awal November lalu diikuti di Filipina. – Awani

ARTIKEL BERKAITAN: Singapura kesan dua kes import Covid-19, ujian awal varian Omicron

Ancaman Omicron masih belum jelas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here