Home Koronavirus Negeri Sembilan rekod satu kes positif Covid-19 di PPS

Negeri Sembilan rekod satu kes positif Covid-19 di PPS

0
Negeri Sembilan rekod satu kes positif Covid-19 di PPS

JELEBU – Banjir di Negeri Sembilan merekodkan satu kes positif Covid-19 dikesan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Port Dickson, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Beliau berkata, kes tersebut adalah bergejala pada tahap dua dan kini menjalani rawatan di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban.

Kes tersebut melibatkan seorang wanita berusia 60 tahun.

“Kes itu dikesan ketika saringan dibuat di PPS berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas menyertai gotong-royong anjuran Parlimen Jelebu di Kampung Kemin, di sini pada Sabtu.

Seramai 292 mangsa banjir daripada 84 keluarga direkodkan di negeri ini dengan empat PPS masih dibuka di Jelebu setakat 8 pagi Sabtu.

Jumlah keseluruhan mangsa banjir direkodkan di Negeri Sembilan kini berjumlah 792 orang. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here