Home Koronavirus MySejahtera: Perlu tempoh sebulan sebelum henti amalan daftar masuk

MySejahtera: Perlu tempoh sebulan sebelum henti amalan daftar masuk

MySejahtera: Perlu tempoh sebulan sebelum henti amalan daftar masuk

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memerlukan tempoh sekurang-kurangnya sebulan sebelum membuat keputusan sama ada amalan daftar masuk (check-in) ke mana-mana premis menerusi aplikasi MySejahtera, dihentikan.

Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pihaknya akan meneliti corak pergerakan dan jangkitan Covid-19 berikutan pembukaan sempadan negara dan kelonggaran dibenarkan mulai Jumaat ini.

“Sekiranya tiada perubahan ketara dalam tempoh beberapa minggu, kita boleh hentikannya,” katanya kepada pemberita selepas majlis Penutup Program Pengurusan Berat Badan Bersepadu Kebangsaan, di kementeriannya pada Rabu.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai saranan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) bahawa amalan daftar masuk premis boleh dihentikan tatkala negara telah memasuki fasa peralihan endemik.

AKAN MENYUSUL

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here