Home Koronavirus Mukim Petaling catat kes Covid-19 tertinggi di Selangor

Mukim Petaling catat kes Covid-19 tertinggi di Selangor

0
Mukim Petaling catat kes Covid-19 tertinggi di Selangor

SHAH ALAM – Mukim Petaling mencatatkan kes tertinggi Covid-19 di Selangor iaitu sebanyak 2,438 setakat jam 11.59 malam Khamis.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) menerusi satu kenyataan dimuat naik di Facebook rasminya pada Jumaat memaklumkan, Selangor mencatatkan 7,558 kes semalam.

Menurut hantaran tersebut, jumlah kes tersebut meliputi 7,449 kes komuniti, sembilan kes di penjara dan 100 kes import A.

“Berdasarkan jumlah kes Covid-19 di mukim Petaling, Damansara merekodkan kes tertinggi iaitu 881 kes, diikuti dengan Petaling (836), Sungai Buloh (454) dan Bukit Raja (259) termasuk lapan kes import.

“Mukim kedua mencatatkan kes Covid-19 tertinggi pada Khamis ialah Klang iaitu sebanyak 1,746 kes, diikuti Hulu Langat (1,241); Gombak (618); Sepang (405); Kuala Langat (521) dan Kuala Selangor (262).

“Mukim Hulu Selangor mencatatkan kes harian Covid-19 sebanyak 233 kes manakala Sabak Bernam pula sejumlah 94 kes direkodkan,” menurut kenyataan itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here