Home Koronavirus MTC peruntuk RM1.3 juta vaksinasi pekerja sektor perkayuan

MTC peruntuk RM1.3 juta vaksinasi pekerja sektor perkayuan

0
MTC peruntuk RM1.3 juta vaksinasi pekerja sektor perkayuan

BANTING – Majlis Kayu-Kayan Malaysia (MTC) memperuntukkan sebanyak RM1.3 juta bagi mempercepatkan suntikan vaksin dalam kalangan pekerja perkayuan melalui Program Vaksinasi Untuk Sektor Agrikomoditi (VACOMS) di Pusat Pemberian Vaksin Industri (PPVIN) di Olak Lempit, di sini.

Ketua Pegawai Eksekutif MTC Muhtar Suhaili berkata, PPVIN tersebut berjaya memberi vaksinasi kepada 10,005 pekerja untuk dos pertama setakat 16 Ogos lalu.

Menurutnya, PPVIN yang beroperasi sejak hujung Julai lalu akan menghentikan operasinya pada 6 September ini.

Muhtar berkata, MTC turut menyediakan subsidi sebanyak RM30 untuk setiap vaksin bagi setiap pekerja kilang dalam sektor berkenaan.

“MTC akan bekerjasama dengan persatuan atau syarikat perkayuan untuk menyalurkan subsidi vaksinasi bagi membolehkan suntikan vaksin dijalankan bagi membendung kluster tempat kerja di kilang-kilang.

“Covid-19 akan menjadi endemik dan kita perlu mewujudkan tempat kerja yang selamat bagi membolehkan industri kita beroperasi untuk kesinambungan perniagaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Dalam pada itu, Muhtar berkata, industri perkayuan bersatu telah mengalami kerugian berjumlah RM60 juta setiap hari pada bulan Jun lalu akibat penutupan operasi.

Ujarnya, pemilik perniagaan perlu memastikan pekerja mereka mendapat suntikan vaksin secepat mungkin bagi merangsang semula operasi selaras dengan arahan kerajaan yang menetapkan peratusan tenaga kerja di kilang bergantung kepada bilangan pekerja yang divaksin.

“Persatuan Perabot Muar (MFA) juga sedang menjalankan program vaksinasi yang sama iaitu kira-kira 30,000 pekerja kilang akan mendapat suntikan vaksin,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here