Home Koronavirus Mohd Zolkafly nafi diarah kuarantin 14 hari

Mohd Zolkafly nafi diarah kuarantin 14 hari

0
Mohd Zolkafly nafi diarah kuarantin 14 hari

IPOH- Exco Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun menafikan beliau diarah menjalani kuarantin selama 14 hari seperti dikenakan terhadap Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad.

Beliau mengesahkan perkara itu ketika dihubungi di sini pada Khamis dan menjelaskan tidak terlibat dengan program di Lenggong yang dihadiri Saarani baru-baru ini.

“Saya tidak diarahkan kuarantin seperti Menteri Besar dan saya bukan kontak rapat kepada pesakit yang disahkan positif Covid-19 di Lenggong,” katanya.

Pada Rabu, Saarani mula menjalani kuarantin selama 14 hari berikutan dikesan sebagai kontak rapat kepada pesakit yang disahkan positif Covid-19 dan Mohd Zolkafly dikatakan turut diarah kuarantin bagi tempoh sama.

Setiausaha Politik Menteri Besar, Datuk Sham Mat Sahat dilaporkan berkata, beliau menerima maklumat bahawa Saarani diminta untuk menjalani kuarantin sehingga 11 Mei selepas mempunyai kontak rapat dengan individu berkenaan ketika menghadiri program di Lenggong.

Saarani diminta menjalani kuarantin selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Perak disusuli sidang akhbar di Bangunan Perak Darul Ridzuan pada Rabu. – Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: MB Perak jalani kuarantin 14 hari

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here