Home Koronavirus Moderna akui vaksin keluarannya dicemari partikel keluli

Moderna akui vaksin keluarannya dicemari partikel keluli

0
Moderna akui vaksin keluarannya dicemari partikel keluli

WASHINGTON – Syarikat bioteknologi, Moderna berkata pada Rabu bahawa kumpulan vaksin Covid-19 keluarannya yang tercemar di Jepun dicemari dengan partikel keluli tahan karat.

Bagaimanapun, ia tidak menyangka ia akan membawa risiko keselamatan terhadap para penerimanya.

Syarikat tersebut menerima tamparan di negara tersebut apabila lebih satu juta dos vaksin keluarannya digantung.

Penggunaan digantung selepas Jepun menemui terdapat bahan asing di dalam botol-botol vaksin keluaran Moderna.

Pihak berkuasa turut menyiasat kematian dua lelaki yang menerima dos dari vaskin yang telah dicemari itu.

Bagaimanapun, punca kematian sebenar mereka masih belum diketahui lagi.

Buat masa sekarang, Moderna berkata, tidak ada bukti bahawa dua kematian tersebut mempunyai kaitan dengan vaksin berkenaan dan siasatan sedang berlaku bagi mengetahui punca dua lelaki berkenaan meninggal dunia.

Pada minggu lalu, Jepun menggantung penggunaan 1.63 juta dos Moderna di seluruh negara itu.

Ia adalah disebabkan oleh penemuan bahan asing di dalam botol-botol vaksin keluaran syarikat bioteknologi tersebut. – Agensi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here