Home Koronavirus Mesir anggap vaksin AstraZeneca selamat

Mesir anggap vaksin AstraZeneca selamat

0
Mesir anggap vaksin AstraZeneca selamat

KAHERAH – Pihak berkuasa kesihatan Mesir menganggap vaksin Covid-19 AstraZeneca selamat, kerana tidak melaporkan kesan sampingan serius selepas digunakan, lapor Sputnik.

Pada awal Februari, Mesir menerima penghantaran pertama sebanyak 50,000 dos selepas mencapai persetujuan dengan AstraZeneca untuk membekalkan 20 juta dos.

“Vaksin AstraZeneca benar-benar selamat di Mesir. Setakat ini, tidak ada entiti saintifik di dunia yang membuktikan hubungan antara vaksinasi AstraZeneca dan kematian beberapa orang, atau peningkatan jumlah kes yang berkaitan dengan darah beku,” sumber memberitahu Akhbar el-Youm Mesir.

Tiada kesan sampingan yang didaftarkan selepas ‘beribu’ rakyat Mesir disuntik vaksin itu, kata sumber itu.

Pada Ahad, penasihat kementerian kesihatan Noha Assem memberitahu saluran TV DMC antara 1,000 dan 2,000 warga Mesir menerima suntikan vaksin itu setiap hari.

Beberapa negara termasuk Perancis, Jerman, Itali, Portugal, Denmark, Belanda, Iceland dan Norway menangguhkan penggunaan AstraZeneca-Oxford berikutan laporan terdapat penerima vaksin itu mengalami masalah darah beku.

Agensi Ubat-Ubatan Eropah kini sedang menyiasat kemungkinan terdapat kaitan antara suntikan vaksin AstraZeneca dan peningkatan masalah darah beku. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here