Home Koronavirus Menteri Kerja Raya positif Covid-19

Menteri Kerja Raya positif Covid-19

Menteri Kerja Raya positif Covid-19

PUTRAJAYA – Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof disahkan positif Covid-19.

Kementerian Kerja Raya dalam kenyataannya berkata, kesihatan Fadillah bagaimanapun berada dalam keadaan stabil dan baik.

“Beliau menjalani kuarantin di rumah seperti dinasihatkan Kementerian Kesihatan Malaysia berikutan tidak menunjukkan sebarang gejala,” katanya pada Jumaat.

Menurut kenyataan itu, Fadillah sering melakukan ujian saringan Covid-19 dari masa ke masa.

“Terbaharu, beliau menjalani ujian saringan jam 10.15 pagi Khamis sebelum disahkan positif lewat petangnya,” katanya.

Kementerian itu berkata, sepanjang tempoh kuarantin, Fadillah akan terus memantau dan memastikan urusan kementerian berjalan dengan lancar.

“Beliau memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul dan berdoa agar ALLAH SWT mempermudah urusan semua yang terlibat,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here