Home Koronavirus Menteri Besar Negeri Sembilan positif Covid-19

Menteri Besar Negeri Sembilan positif Covid-19

0
Menteri Besar Negeri Sembilan positif Covid-19

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun disahkan positif Covid-19.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan dalam satu kenyataan pada Khamis.

“Sebagai individu yang telah menerima dos penggalak, beliau akan menjalani tempoh isolasi mengikut ketetapan semasa oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Beliau sememangnya menjalani ujian pengesanan Covid-19 jenis RT-PCR secara berkala selain kerap melakukan ujian pengesanan secara kendiri melalui kaedah RTK Antigen,” menurut kenyataan itu, pada Khamis.

Tambah kenyataan tersebut, kali terakhir Aminuddin menjalani ujian pengesanan jenis RTK-Antigen dan mendapat keputusan negatif Covid-19 ialah pada Isnin iaitu 21 Februari lalu.

“Beliau akan terus memantau dan menjalankan tugas-tugasnya yang sesuai dilaksanakan sepanjang tempoh isolasi,’ kata kenyataan itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here