SHAH ALAM – Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) membatalkan kelulusan bersyarat bagi dua jenis kit ujian kendiri Covid-19.
MDA menerusi hantaran di laman Facebook memaklumkan, pembatalan bersyarat itu dibuat berikutan kit ujian kendiri Covid-19 keluaran dua syarikat itu gagal mematuhi syarat kelulusan yang ditetapkan.
Pembatalan tersebut menurutnya berkuat kuasa serta-merta.
Dalam pada itu, MDA turut menasihatkan pengguna agar tidak membeli atau menggunakan kit ujian kendiri Covid-19 yang tidak mematuhi keperluan pihak berkuasa itu berikutan dikhuatiri tidak selamat untuk digunakan.