Home Koronavirus MBSB Bank terus bantu pelanggan terjejas Covid-19

MBSB Bank terus bantu pelanggan terjejas Covid-19

0
MBSB Bank terus bantu pelanggan terjejas Covid-19

KUALA LUMPUR – MBSB Bank Bhd pada Isnin mengumumkan lanjutan moratorium tiga bulan tambahan atau pengurangan enam bulan sebanyak 50 peratus ke atas bayaran ansuran bulanan kepada pelanggan yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Bank itu dalam satu kenyataan berkata, sokongan tersebut disediakan di bawah Bantuan Pembayaran Balik Bersasar yang turut diperluaskan kepada perusahaan kecil dan mikro.

“Usaha ini adalah untuk menyokong Bank Negara Malaysia serta Persatuan Perbankan Islam dan Institusi Kewangan Malaysia yang menggesa semua institusi kewangan menyediakan penyelesaian kewangan selanjutnya kepada pelanggan mereka yang terjejas daripada segi kewangan,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif MBSB Bank, Datuk Seri Ahmad Zaini Othman berkata, pelanggan perusahaan runcit dan kecil serta mikro bank berkenaan berkemungkinan mengalami cabaran kewangan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara yang diteruskan sehingga 7 Jun depan.

“Kami menggesa pelanggan kami untuk berbincang dengan bank dan mendapatkan bantuan ini. Bantuan yang disasarkan ini tidak terpakai kepada semua pelanggan tetapi hanya mereka yang memerlukan sahaja, malahan, kami telah menyediakan proses dokumentasi yang ringkas bagi memudahkan permohonan mereka,” katanya. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here