GENEVA – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Rabu berkata, pihaknya akan terus mengesyorkan penggunaan vaksin Covid-19 AstraZeneca kerana manfaatnya melebihi risiko, lapor Sputnik.
“Pada masa ini, WHO menganggap manfaat vaksin AstraZeneca melebihi risiko dan mengesyorkan agar vaksinasi diteruskan,” kata kenyataan itu.
WHO sentiasa berhubung dengan Agensi Ubat-Ubatan Eropah dan pihak berkuasa di seluruh dunia untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai keselamatan ubat-ubatan.
Jawatankuasa Penasihat Global WHO mengenai Keselamatan Vaksin dijangka mengumumkan keputusannya mengenai keselamatan AstraZeneca pada Khamis. – Bernama