Home Koronavirus Malaysia terima lebih 1.5 juta dos bekalan vaksin AstraZeneca

Malaysia terima lebih 1.5 juta dos bekalan vaksin AstraZeneca

0
Malaysia terima lebih 1.5 juta dos bekalan vaksin AstraZeneca

SHAH ALAM – Malaysia menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan Jepun atas sumbangan satu juta dos bekalan vaksin AstraZeneca yang diterima pada Khamis.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, sumbangan itu menzahirkan hubungan erat yang kukuh antara dua negara.

Menurutnya, Malaysia juga bakal menerima sebanyak 586,700 dos bekalan vaksin AstraZeneca dari kemudahan AstraZeneca di Thailand pada Khamis.

“Terima kasih kepada kerajaan dan rakyat Jepun atas sumbangan satu juta dos vaksin AZ (AstraZeneca). Perjanjian hubungan erat kami yang kukuh.

“Malaysia juga akan menerima 586,700 dos pembelian AZ malam ini dari kemudahan AZ di Thailand,” ciapnya di laman Twitternya pada Khamis.

Thank you to the government & people of Japan for the contribution of one million doses of the AZ vaccine. Testament to our strong bilateral ties. Malaysia will also receive 586,700 doses of our direct AZ purchase tonight from the AZ facility in Thailand. pic.twitter.com/JRQpcfiUju

— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) July 1, 2021

Pada Khamis, bekalan vaksin AstraZeneca yang diterima dihasilkan oleh syarikat Daiichi Sankyo Biotech di Saitama, Jepun dan diluluskan oleh Pharmaceuticals and Medical Devices Agency (PMDA) iaitu agensi di bawah Kementerian Kesihatan Jepun.

Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) dalam kenyataan berasingan memaklumkan, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) akan melakukan penilaian untuk mendapatkan kelulusan Lot Release bagi penggunaan vaksin tersebut.

Selain Malaysia, Jepun turut menyumbangkan bekalan vaksin sama kepada Vietnam dan beberapa negara Asia Tenggara lain seperti Thailand, Indonesia, Filipina serta beberapa negara Asia Barat.

ARTIKEL BERKAITAN: Sejuta vaksin AstraZeneca tiba dari Jepun

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here