Home Koronavirus Malaysia terima lagi lebih 2.01 juta dos vaksin AstraZeneca

Malaysia terima lagi lebih 2.01 juta dos vaksin AstraZeneca

0
Malaysia terima lagi lebih 2.01 juta dos vaksin AstraZeneca

SHAH ALAM – Sebanyak 2,017,500 lagi bekalan dos vaksin keluaran AstraZeneca telah dihantar ke Malaysia pada Jumaat sebagai usaha menyokong program vaksinasi penggalak negara.

Presiden AstraZeneca di Malaysia, Dr Sanjeev Panchal berkata, penghantaran tersebut sebagai tambahan kepada 324,000 dos yang dihantar pada minggu lepas, menjadikan jumlah bekalan bulan ini lebih 2.3 juta dos.

“Justeru, ia merupakan penghantaran terbesar kami ke Malaysia setakat ini bagi meningkatkan usaha kami dengan menyokong pelancaran dos penggalak.

“Dengan kemunculan varian baharu, Omicron, kami juga akan terus bekerjasama dengan kerajaan bagi memastikan rakyat mendapat dos penggalak secepat mungkin,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Jelas beliau, penghantaran terbaharu itu juga sebahagian daripada komitmen dua hala AstraZeneca untuk menghantar 6.4 juta dos terus ke Malaysia.

“Sehingga kini, lebih 7.8 juta dos vaksin AstraZeneca telah dihantar ke Malaysia melalui bekalan terus, COVAX dan sumbangan dari negara lain.

“Penghantaran terakhir dos vaksin di bawah komitmen dua hala dijangka bulan depan,” katanya.

Dalam pada itu, Sanjeev turut memaklumkan lebih daripada 2.5 bilion dos vaksin AstraZeneca telah dikeluarkan kepada lebih 170 negara.

“Kira-kira dua pertiga daripada bekalan dos dihantar ke negara berpendapatan rendah dan sederhana,” katanya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here