Home Koronavirus Malaysia terima 586,700 dos vaksin AstraZeneca

Malaysia terima 586,700 dos vaksin AstraZeneca

0
Malaysia terima 586,700 dos vaksin AstraZeneca

SHAH ALAM – Malaysia menerima sebanyak 586,700 bekalan dos vaksin keluaran AstraZeneca bagi keperluan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Kementerian Kesihatan Malaysia dalam satu kenyataan di Facebook memaklumkan, penghantaran itu merupakan komitmen AstraZeneca untuk menyampaikan 6.4 juta dos ke Malaysia dan sebahagian daripada tambahan penghantaran dos seterusnya melalui fasiliti COVAX.

“Sejumlah 2,414,700 dos vaksin telahpun dihantar sehingga kini. Ini adalah sebahagian vaksin yang diluluskan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA),” kata kenyataan itu pada malam Jumaat.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba hadir bagi menyaksikan penerimaan dos vaksin AstraZeneca di Pharmaniaga.

Sementara itu, Lembaga Pengarah AstraZeneca Malaysia, Dr Sanjeev Panchal berkata, penyampaian itu adalah tonggak penting dalam memerangi pandemik.

Beliau mengharapkan agar kerjasama yang berterusan dapat dilakukan dengan kerajaan Malaysia dan pihak lain yang berusaha menyokong pemulihan negara ini dari pandemik Covid-19.

Pada 30 Jun, Syarikat farmaseutikal, AstraZeneca mengesahkan sebanyak 586,700 dos vaksin akan dihantar ke Malaysia pada awal Julai.

Dr Sanjeev berkata, jumlah itu akan disusuli penghantaran tambahan dos vaksin terbabit dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here