Home Koronavirus Malaysia lepasi sasaran 300,000 dos suntikan vaksin sehari

Malaysia lepasi sasaran 300,000 dos suntikan vaksin sehari

0
Malaysia lepasi sasaran 300,000 dos suntikan vaksin sehari

KUALA LUMPUR – Sebanyak 313,761 dos suntikan vaksin diberikan pada Isnin, menjadikannya sebagai jumlah tertinggi dalam sehari, sekali gus melepasi sasaran 300,000 dos suntikan sehari.

Menerusi hantaran di Twitter, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba memaklumkan, daripada jumlah tersebut, 117,158 merupakan pemberian dos kedua.

“Sebanyak 313,761 dos pada 5 Julai, yang tertinggi setakat ini. Daripada jumlah itu, 196,603 dos pertama dan 117,158 dos kedua,” katanya.

Pada 3 Julai lepas, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, sasaran 300,000 dos suntikan sehari, mulai bulan ini.

Sementara itu, Dr Adham berkata, sebanyak 9,320,476 dos vaksin telah diberikan kepada penduduk negara ini setakat Isnin menerusi PICK.

Seramai 2,735,474 orang telah terima dos kedua, sekali gus melengkapkan vaksinasi mereka, katanya.

Dr Adham turut memaklumkan, lima negeri yang mencatatkan penerimaan kedua-dua dos tertinggi adalah Selangor dengan 367,895 orang diikuti Sarawak (326,285), Johor (290,008), Kuala Lumpur (255,348) dan Sabah (243,816). – Bernama

Jumlah pemberian vaksin COVID-19 setakat 5 Julai 2021 ialah 9,320,476 dos.

313,761 dos pada 5 Julai, yang tertinggi setakat ini.

Jumlah yg terima dos pertama ialah 6,585,002 orang. Daripada jumlah itu, 2,735,474 orang juga terima dos kedua. pic.twitter.com/tihkQJll4q

— Dr Adham Baba (@DrAdhamBaba) July 6, 2021

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here