Home Koronavirus Malaysia dijangka berdepan gelombang Omicron

Malaysia dijangka berdepan gelombang Omicron

0
Malaysia dijangka berdepan gelombang Omicron

SHAH ALAM – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan negara ini berkemungkinan besar akan menghadapi gelombang varian Omicron seperti negara lain.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, antara langkah untuk memperlahankan penularan varian Omicron adalah dengan liputan dos penggalak yang luas, pemakaian pelitup muka pengudaraan yang baik dan amalan TRIIS (lakukan uji, lapor, asingkan, maklumkan, dapatkan rawatan segera).

“Selain itu, ciri baharu ‘MySJ Trace’ dan kawalan pintu masuk antarabangsa juga antara langkah untuk memperlahankan varian tersebut.

“Ada yang rujuk data kesan Omicron tidak seteruk Delta, nampak begitu. Tetapi kebolehjangkitan Omicron lebih tinggi berbanding Delta.

“Jika denominator kes lebih besar, sudah pasti kemasukan hospital atau unit rawatan rapi (ICU) akan meningkat. KKM mahu elak sistem kesihatan awam lumpuh,” katanya menerusi Twitter pada Ahad.

Mengulas lanjut, Khairy berkata, vaksin Covid-19 dibangunkan sebelum kewujudan varian Delta atau Omicron.

Jelasnya, SARS-CoV2 adalah novel Coronavirus yakni virus baharu yang pasti akan melalui mutasi.

“Apabila kita lebih tahu kesan mutasi, respons kita perlu juga berubah. Di sesetengah negara flu jab diambil setiap tahun,” ujar beliau.

Bila vaksin COVID-19 dibangunkan tiada varian Delta atau Omicron. SARS-CoV2 adalah ‘novel’ coronavirus yakni virus baharu yang pasti akan melalui mutasi. Apabila kita lebih tahu kesan mutasi, respons kita perlu juga berubah. Di sesetengah negara flu jab diambil setiap tahun. https://t.co/j4KMu4l1R9

— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) January 2, 2022

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here