Home Koronavirus Malaysia akan teruskan pembelian vaksin AstraZeneca

Malaysia akan teruskan pembelian vaksin AstraZeneca

0
Malaysia akan teruskan pembelian vaksin AstraZeneca

KUALA LUMPUR – Malaysia akan teruskan pembelian vaksin AstraZeneca, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin.

Menurutnya, tiada bukti penggunaan vaksin berkenaan menyebabkan darah beku.

Beberapa negara mengumumkan menangguhkan suntikan vaksin itu selepas seorang jururawat berusia 49 tahun meninggal dunia akibat masalah pembekuan darah beberapa hari selepas menerima suntikan tersebut.

Antaranya, Thailand, Austria, Estonia, Latvia, Lithuania, Luxemburg dan Itali turut menggantung pemberian vaksin tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, Khairy berkata, Malaysia terima 83,070 vaksin Pfizer-BioNTech dan 100,000 vaksin Sinovac pada Isnin.

AKAN MENYUSUL

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here