Home Koronavirus Makmal saringan Covid-19 milik Bumiputera ditubuhkan

Makmal saringan Covid-19 milik Bumiputera ditubuhkan

0
Makmal saringan Covid-19 milik Bumiputera ditubuhkan

SEREMBAN – Sebuah makmal saringan Covid-19, NSC-Zammedi Lab milik Bumiputera yang pertama di Negeri Sembilan ditubuhkan menerusi usahasama Perbadanan Negeri Sembilan dengan Unclezam Holding Berhad.

Pengerusi Perbadanan Negeri Sembilan, Datuk Dr Mohamad Rafie Ab Malek berkata, makmal yang bernilai RM2 juta itu mula beroperasi pada awal Januari lepas bagi meningkatkan kapasiti dan kecekapan ujian Covid-19 di negeri ini dengan menawarkan harga yang berpatutan.

“Ini selaras dengan fungsi perbadanan menurut Enakmen Perpadanan Negeri Sembilan 2018 iaitu untuk menggalakkan kepelbagaian sektor ekonomi di negeri ini seiring dengan situasi semasa.

“Ia mampu membuka peluang perniagaan baharu bagi Perbadanan Negeri Sembilan dan usahawan tempatan yang berpotensi seperti Unclezam Holding Berhad selain dapat mewujud dan menjana peluang pekerjaan kepada rakyat di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Menandatangani Perjanjian Usahasama di antara Perbadanan Negeri Sembilan dan Unclezam Holding Berhad di sini pada Khamis.

Hadir sama, Pengurus Kanan Projek Perbadanan Negeri Sembilan, Norazhar Musa dan Pengarah Unclezam Holding Berhad, Norizam Tukiman.

Mohamad Rafie yang juga Exco Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan Negeri Sembilan berkata, makmal ini menawarkan perkhidmatan berkaitan Covid-19 seperti ujian antibodi, ujian pantas (RTK) dan ujian calitan Polymerase Chain Reaction (PCR) dengan pengambilan sampel daripada nasopharyngeal swab, oropharyngeal swab atau air liur.

Dalam pada itu, Mohamad Rafie berkata, semenjak fasa awal pendemik Covid-19 di negara ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah bekerjasama dengan sektor kesihatan swasta bagi menghadapi peningkatan kes.

“Makmal swasta juga memainkan peranan penting untuk menampung permintaan saringan yang tinggi bagi menjalankan ujian Covid-19 ketika ini,” katanya.

Sementara itu, Ahli Lembaga Pengarah NSC-Zammedi Lab, Dr Nik Haziman Wan Hamat berkata, makmal yang beroperasi di Pusat Perdagangan Paroi ini mampu memproses 1,000 sampel ujian sehari.

“Kami juga merancang menyediakan khidmat saringan kesihatan lain menjelang akhir tahun ini,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here