Home Koronavirus Majoriti rakyat percaya Covid-19 semakin buruk, kerajaan gagal tangani: Kajian

Majoriti rakyat percaya Covid-19 semakin buruk, kerajaan gagal tangani: Kajian

0
Majoriti rakyat percaya Covid-19 semakin buruk, kerajaan gagal tangani: Kajian

SHAH ALAM- Kajian yang dilakukan YouGov menunjukkan sebahagian besar rakyat di negara ini Malaysia percaya keadaan pandemik Covid-19 di negara ini semakin teruk dan kerajaan gagal menangani wabak itu dengan baik.

Ketua Hal Ehwal Awam dan Pengundian Asia Pasifik YouGov, Dr Campbell White berkata, sebanyak 81 peratus pengundi percaya bahawa keadaan Covid-19 di Malaysia semakin buruk manakala hanya 13 peratus percaya keadaan semakin baik.

Menurutnya, rakyat di sekitar Kuala Lumpur adalah yang paling tinggi berasa ragu dengan hampir sembilan daripada 10 percaya bahawa keadaan semakin buruk.

“56 peratus rakyat Malaysia percaya bahawa kerajaan ketika ini menangani keadaan dengan teruk dan bimbang akan masa depan negara, berbanding 40 peratus yang percaya bahawa mereka menanganinya dengan baik.

“Hanya empat peratus tidak mengetahui. Mereka dari kawasan bandar lebih cenderung mengatakan bahawa kerajaan menangani keadaan dengan teruk (64 peratus),” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Undian tersebut telah dijalankan bermula 3 hingga 8 Jun kepada 1,031 yang berlainan bangsa, umur, jantina dan juga lokasi.

Selain itu, menurut Campbell, sebanyak 34 peratus menyatakan bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) perlu untuk dipilih semula.

Tambahnya, 55 peratus daripada 1,031 responden bersetuju untuk memberikan pemerintahan tersebut kepada orang yang lebih layak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here