Home Koronavirus M Nasir positif Covid-19, jalani kuarantin kendiri di rumah

M Nasir positif Covid-19, jalani kuarantin kendiri di rumah

0
M Nasir positif Covid-19, jalani kuarantin kendiri di rumah

KUALA LUMPUR – Komposer dan penyanyi tersohor, Datuk M. Nasir positif Covid-19 dan sedang menjalani kuarantin kendiri di kediamannya sejak Ahad.

Perkara itu disahkan oleh isterinya Datin Marlia Musa.

“Beliau (M. Nasir) buat ujian kendiri semalam sebab sepatutnya ada program di Pest Buku Selangor. Bila keputusan positif, kami ambil buat ujian PCR dan keputusan hari ini juga positif.

“Setakat ini beliau tidak apa-apa gejala dan hanya jalani kuarantin kendiri,” kata Marlia ketika dihubungi.

Berikutan itu, Marlia dan anaknya Suci Musalmah turut melakukan ujian dan keputusan yang diperoleh mereka negatif. – Awani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here