Home Koronavirus Lima juta dos vaksin diberikan kepada rakyat Selangor

Lima juta dos vaksin diberikan kepada rakyat Selangor

0
Lima juta dos vaksin diberikan kepada rakyat Selangor

SHAH ALAM – Sejumlah lima juta dos vaksin telah diberikan kepada rakyat Selangor setakat Jumaat.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, sebanyak 232,670 dos vaksin turut diberikan kepada penduduk di negeri tersebut menerusi Program Vaksin Selangor (Selvax).

“Sebanyak 33.4 peratus peratus bersamaan 1.59 juta individu pula lengkap dua dos vaksin di Selangor,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Jumaat.

Dalam pada itu, Amirudin turut berkongsi infografik di Facebook yang menunjukkan sebanyak 3.40 juta atau 77.1 peratus rakyat di Selangor telah menerima vaksin dos pertama di negeri ini.

Sebelum ini, kerajaan Selangor melancarkan Selvax sebagai usaha mempercepatkan proses vaksinasi rakyat dengan mengenal pasti kumpulan sasaran iaitu Selvax Komuniti dan memelihara pekerja (Selvax Industri).

Selvax Komuniti akan memberi manfaat kepada 250,000 warga Selangor yang belum divaksin manakala Selvax Industri merupakan program berbayar yang terbuka kepada syarikat secara sukarela dengan sasaran satu juta pekerja.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here