Home Koronavirus Lelaki ditemui mati tepi jalan akibat Covid-19

Lelaki ditemui mati tepi jalan akibat Covid-19

0
Lelaki ditemui mati tepi jalan akibat Covid-19

KUALA LANGAT – Kematian seorang lelaki yang ditemui terbaring di tepi Jalan 3 Tepi Laut, Tanjung Sepat di sini, pada Rabu disahkan akibat Covid-19.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor berkata, kejadian itu dilaporkan berlaku kira-kira jam 5 petang selepas pihak Balai Polis Tanjung Sepat menerima aduan awam berhubung seorang lelaki terbaring di tepi jalan.

“Pihak polis kemudiannya telah menghubungi pegawai kecemasan Klinik Kesihatan Tanjung Sepat untuk bantuan ambulans ke lokasi kejadian.

“Pegawai kesihatan telah mengesahkan lelaki berusia 53 tahun itu telah meninggal dunia,” katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dikesan di lokasi kejadian dan mayat telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Banting untuk bedah siasat.

Katanya, hasil bedah siasat mendapati sebab kematian akibat Covid-19.

Pada Sabtu, tular di media sosial Facebook menerusi satu video berdurasi 19 saat memaparkan pasukan perubatan melakukan pemeriksaan terhadap lelaki yang ditemui terbaring tidak sedarkan diri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here