Home Koronavirus Lebih baik jangan campur aduk dua dos suntikan vaksin: WHO

Lebih baik jangan campur aduk dua dos suntikan vaksin: WHO

0
Lebih baik jangan campur aduk dua dos suntikan vaksin: WHO

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan supaya pemberian dua dos vaksin perlu melibatkan jenis yang sama.

Bagaimanapun, saranan itu mungkin berbeza untuk tempoh masa akan datang sementara kajian masih lagi dijalankan.

Kenyataan itu dibuat susulan Menteri Penyelaras Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar memaklumkan bahawa kerajaan sedang mempertimbangkan kaedah heterolgi atau campuran dua vaksin sebagai sebahagian pelaksanaan kempen vaksinasi dalam negara.

ARTIKEL BERKAITAN:Kerajaan pertimbang ‘mix and match’ vaksin Covid-19

Ia adalah hasil beberapa data yang dikongsikan dari Jerman mengenai vaksinasi heterologi menggunakan AstraZeneca bagi dos pertama dan Pfizer untuk dos kedua.

Menurut Wakil Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di Malaysia, Brunei dan Singapura Dr Ying-Ru Jacqueline Lo, vaksin Covid-19 dengan ‘WHO Emergency Use Listing (EUL)’ hanya telah dinilai sebagai produk tunggal.

Sebagai rekod, kedua-dua produk vaksin Pfizer dan AstraZeneca sudah diluluskan melalui proses semakan ini.

Sinovac antara vaksin lain yang diperoleh Malaysia telah mendapat kebenaran yang sama WHO sementara suntikan dari CanSino dan Sputnik V Rusia sedang disemak oleh badan dunia itu.

“Dengan maklumat terhad yang ada, adalah disarankan untuk menggunakan produk sama untuk dos kedua. Kami akan memberikan lebih banyak panduan apabila lebih banyak data tersedia,” jelas Dr Lo.

ARTIKEL BERKAITAN:Kaedah campuran dua vaksin belum muktamad: Khairy

Bagaimanapun, Lo berkata, WHO menggalakkan dan mengalu-alukan kajian lanjutan untuk menggabungkan produk yang berbeza.

“Mempunyai pilihan untuk mencampuradukkan dan memperluaskan skop kajian akan memberi potensi untuk meningkatkan fleksibiliti dalam logistik dan penjadualan vaksin Covid-19,” jelas beliau. – Awani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here