Home Koronavirus Lebih 90 peratus responden bimbang gelombang Covid-19

Lebih 90 peratus responden bimbang gelombang Covid-19

0
Lebih 90 peratus responden bimbang gelombang Covid-19

Sebanyak 91 peratus undian di Instagram menyatakan rakyat berasa bimbang jika gelombang jangkitan Covid-19 kembali semula ke Malaysia.- Gambar hiasan

SHAH ALAM – Soal selidik yang dijalankan Sinar Harian menerusi platform media sosial Instagram dan Twitter mendapati lebih daripada 90 peratus responden berasa bimbang jika gelombang jangkitan Covid-19 kembali semula ke Malaysia.

Berdasarkan undian bagi tempoh 24 jam bermula pada Sabtu, sebanyak 93 peratus daripada 232 undian menyatakan kerisauan mereka dan selebihnya tujuh peratus tidak berasa takut.

Di Instagram pula, daripada 874 undian, sebanyak 799 dari mereka bersamaan 91 peratus bersetuju dan sembilan lagi iaitu seramai 75 orang tidak bersetuju.

Sementara itu, soal selidik turut mendapati majoriti responden bersedia atau mahu supaya langkah lebih ketat seperti mewajibkan pemakaian pelitup muka dan penjarakkan sosial dilaksanakan semula.

Sebanyak 71 peratus responden bersamaan 578 undian di Instagram memilih bersetuju sementara 29 peratus (237 undian) lagi menyatakan tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.

Di Twitter, kadar responden yang bersedia atau mahu supaya langkah lebih ketat dilaksanakan adalah sebanyak 70 peratus manakala 30 peratus lagi tidak bersetuju.

**media[2042448]**

Selain itu, 75 peratus bersamaan 587 individu di Instagram berasakan bahawa langkah yang diambil kerajaan bagi menangani gelombang baharu pandemik Covid-19 tidak mencukupi.

Sebanyak 68 peratus responden di Twitter menyokong perkara berkenaan dan hanya 32 peratus menyatakan kerajaan telah mengambil langkah yang mencukupi untuk menangani gelombang baharu virus itu.

Bagi soal selidik berkenaan pengambilan vaksin penggalak Covid-19 seperti yang disarankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), 59 peratus di Twitter bersetuju namun terdapat percanggahan apabila sebanyak 51 peratus undian di Instagram tidak bersetuju untuk mengambilnya.

Secara keseluruhan, sejumlah 4,402 responden mengambil bahagian dalam undian yang dijalankan di platform media sosial Sinar Harian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here