PUTRAJAYA – Lebih 80,000 kanak-kanak di bawah usia 18 tahun di seluruh negara telah dijangkiti Covid-19.
Bagaimanapun Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, tiada di antara golongan itu dirawat di unit rawatan rapi (ICU).
“Bagi umur 13 hingga 17 tahun, mereka yang telah dijangkiti adalah 27,402 orang,” katanya pada sidang akhbar mingguan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) bersama Menteri Penyelaras, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
AKAN MENYUSUL