KUALA LUMPUR – Sebanyak 8,582,893 dos vaksin diberikan kepada penduduk di negara ini setakat pada Jumaat di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).
Menerusi hantaran di Twitter, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) memaklumkan 2,463,019 orang menerima dos kedua, sekali gus melengkapkan vaksinasi mereka.
“Sebanyak 236,196 dos vaksin Covid-19 diberikan semalam (Jumaat), melibatkan 167,059 dos pertama dan 69,137 dos kedua,” katanya.
Lima negeri yang mencatatkan penerimaan kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 333,432 orang diikuti Johor (258,636); Sarawak (257,408); Kuala Lumpur (221,020) dan Perak (219,044). – Bernama
Jumlah pemberian kumulatif vaksin setakat 2 Julai
Daftar untuk vaksinasi: https://t.co/m1joWOB4OE#LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/YWS7HZxA2x
— Vaksin COVID-19 (@JKJAVMY) July 3, 2021