Home Koronavirus Lebih 48,000 peniaga, pekerja divaksin menerusi RiVAC

Lebih 48,000 peniaga, pekerja divaksin menerusi RiVAC

0
Lebih 48,000 peniaga, pekerja divaksin menerusi RiVAC

KUALA BERANG – Seramai 48,288 peniaga dan pekerja sudah menerima vaksin Covid-19 menerusi Program Vaksinasi Industri Peruncitan (RiVAC) di seluruh negara setakat ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, daripada jumlah itu seramai 23,488 orang sudah lengkap disuntik dua dos vaksin Covid-19.

“Sasaran kita sehingga akhir tahun ini ialah seramai 500,000 pekerja sektor peruncitan dan makanan menerima vaksin bagi memudahkan mereka membuka perniagaan dan kedai makan termasuk untuk ‘dine-in’ (makan di premis).

“Kita faham berdasarkan jumlah yang telah divaksin itu agak perlahan berbanding sasaran yang ditetapkan tetapi kementerian (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna) sedang mengadakan perbincangan dengan syarikat-syarikat besar yang mempunyai pekerja yang ramai untuk membuka proses vaksinasi melalui program RiVAC di premis mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program penyampaian komputer riba kepada pelajar cemerlang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Hulu Terengganu pada Ahad.

Bagi golongan terlibat dalam sektor peruncitan yang kecil atau mempunyai pekerja yang tidak ramai pula Rosol berkata, mereka boleh berunding dengan kementerian bagi mendapatkan garis panduan untuk memastikan pekerja mereka segera divaksin.

Tambahnya, selain Lembah Klang, program RiVAC setakat ini telah dilaksanakan di beberapa lokasi termasuk Melaka, Pulau Pinang dan Perak. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here